Webull

Team TC
Bacaan 2 minit
4.7 Regulasi Suruhanjaya Sekuriti (SC)
Penilaian

Mengenai Syarikat

Webull ialah sebuah platform dagangan dalam talian yang menawarkan perkhidmatan dagangan saham, ETF (dana dagangan bursa), opsyen, dan mata wang kripto. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2018 sebagai aplikasi mudah alih sahaja dan kemudian memperkenalkan versi desktop pada tahun 2020.

Ibu PejabatUSA
Tahun Ditubuhkan2018
Founder / CEOAnthony Denier
RegulasiSEC (Amerika), FINRA, dan ahli SIPC, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Capital Markets Services License (CMSL) dibawah the Capital Markets dan Services Act 2007
Kaedah DepositBank Transfer
Kaedah PembayaranBank Transfer
PlatformWebull App Mobile/Desktop

Antara Muka Mesra Pengguna

Webull direka khas untuk menjadi mudah digunakan, menjadikannya sesuai untuk pedagang baru yang ingin mula melabur tanpa terlalu banyak kerumitan teknikal. Namun begitu, ia juga menawarkan alat-alat canggih dan fungsi analisis teknikal yang memenuhi keperluan pedagang berpengalaman.

Pelbagai Produk Pelaburan

Pengguna Webull boleh berdagang:

  • Saham
  • ETF
  • Opsyen
  • Mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan lain-lain

Nota: Webull tidak menawarkan pelaburan dalam dana bersama (mutual funds) atau instrumen pendapatan tetap seperti bon.

Tiada Komisen

Dagangan saham dan ETF di Webull adalah tanpa komisen, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur yang ingin meminimumkan kos.

Faedah Tunai Tidak Dilaburkan

Sebarang wang tunai dalam akaun yang tidak digunakan untuk pelaburan akan menjana faedah tanpa sebarang keperluan minimum — dan kadar faedah ini dikatakan lebih tinggi daripada purata industri.

Penyelidikan dan Analisis

Webull menyediakan pelbagai alat penyelidikan pasaran dan carta analisis teknikal secara percuma, termasuk data masa nyata, penunjuk teknikal, dan laporan syarikat.

Sesuai untuk Siapa?

Webull amat sesuai untuk:

  • Pedagang baru yang ingin mula berdagang dengan antara muka mesra pengguna
  • Pelabur berpengalaman yang memerlukan alat carta dan analisis
  • Mereka yang ingin berdagang kripto dan opsyen di samping saham

Penilaian
Regulasi Suruhanjaya Sekuriti (SC) 4.7
Kepercayaan 4.9
Platform & Teknologi 4.9
Komisyen & Fee 4.7
Khidmat Pelanggan 4.2
Kongsi Artikel Ini
Tinggalkan ulasan