Grab Malaysia telah melancarkan varian terbaru bagi perkhidmatan E-Hailing di negara ini bermula hari ini di KLIA Terminal 1. Kata menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pelancaran adalah sejajar dengan dasar kerajaan ke arah pengangkutan rendah karbon. Grab turut memperkenalkan EV Lounge pertama di KLIA Terminal 1 yang menyediakan ruang rehat selesa kepada penumpang menggunakan perkhidmatan EV. Lounge itu dilengkapi kemudahan seperti tempat duduk berhawa dingin, pengecas peranti dan soket mudah alih bagi meningkatkan keselesaan penumpang.

Dengan kerjasama BYD Sime Motors, Yinson GreenTech dan Power-Up Tech (P.UP) 10 buah kenderaan EV jenama BYD model M6 telah pun ditempatkan di Terminal Aras 3 bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan EV oleh grab ini.
Lihat pula perbandingan harga antara varian 6-seater standard dan varian 6-seater EV
![]() | ![]() |
Adakah pengguna akan memilih harga yang lebih untuk pemanduan yang lebih selesa dan senyap sama-sama kita nantikan sambutannya dari pengguna. Dari sudut pemandu e-hailing yang lain ini mungkin titik permulaan untuk bersama dalam menyahut saranaan kerajaan untuk memperluaskan lagi penggunaan EV di dalam negara ini.